[JEMPUTAN PROGRAM PPM] PROGRAM SIJIL PEMBANTU PERPUSTAKAAN: MODUL 1-4 SIRI 3/2016

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

YBhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan Program Sijil Pembantu Perpustakaan 2016: Modul 1,2,3 & 4 Siri 3/2016. Maklumat berkenaan program sijil tersebut adalah seperti berikut:

Modul 1 & 2:-

Tarikh: 29 Februari 2016 hingga 4 Mac 2016 (Isnin – Jumaat)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Perpustakaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak

Modul 3 & 4:-

Tarikh: 7-11 Mac 2016 (Isnin – Khamis)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Perpustakaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak

Syarat-syarat baharu untuk setiap modul mengikut tahun perkhidmatan di perpustakaan adalah seperti berikut:

Modul 1: 1-3 tahun perkhidmatan
Modul 2: 3-5 tahun perkhidmatan
Modul 3: 5 tahun ke atas
Modul 4: 5 tahun ke atas

Yuran setiap modul adalah RM650.00 seorang (Ahli PPM) dan RM750 seorang (Bukan Ahli PPM). Jumlah yuran keseluruhan program ini adalah RM2,600.00 (Ahli PPM) dan RM3,000.00 (Bukan Ahli PPM).

Kami mengalu-alukan penyertaan daripada pihak Y.Bhg
Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan.

Untuk maklumat lanjut boleh lihat seperti dilampiran atau di website PPM : http://www.ppm55.org/

Sekian, terima kasih.

Brosur Program SPP Modul 1 & 2 2015 siri 3

Brosur Program SPP Modul 3 & 4 2015 siri 3

Maklumat Program Sijil Pembantu Perpustakaan Dis 2015

 

%d bloggers like this: