[JEMPUTAN PROGRAM PPM] PROGRAM SIJIL PEMBANTU PERPUSTAKAAN: MODUL 1-4 SIRI 4/2016

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

YBhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan Program Sijil Pembantu Perpustakaan 2016: Modul 1,2,3 & 4 Siri 4/2016.

Maklumat berkenaan program sijil tersebut adalah seperti berikut:

Modul 1 & 2:-

Tarikh: 5 hingga 9 September 2016 (Isnin – Jumaat)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Modul 3 & 4:-

Tarikh: 10 hingga 14 Oktober 2016 (Isnin – Jumaat)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Bilik Syarahan 2, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Yuran setiap modul adalah RM600.00 seorang (Ahli PPM) dan RM700 seorang (Bukan Ahli PPM). Jumlah yuran keseluruhan program ini adalah RM2,400.00 (Ahli PPM) dan RM2,800.00 (Bukan Ahli PPM).

Kami mengalu-alukan penyertaan daripada pihak Y.Bhg
Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan.

Untuk maklumat lanjut boleh lihat dilampiran.

Maklumat Program Sijil Pembantu Perpustakaan Dis 2015

Brosur Program SPP Modul 1 Siri 4

Brosur Program SPP Modul 2 Siri 4

Brosur Program SPP Modul 3 Siri 4

Brosur Program SPP Modul 4 Siri 4

 

Sekian, terima kasih

 

 

%d bloggers like this: