[JEMPUTAN PROGRAM PPM] TAWARAN ISTIMEWA!! PROGRAM SIJIL PEMBANTU PERPUSTAKAAN: MODUL 1-4 SIRI 4/2016

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

YBhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan Program Sijil Pembantu Perpustakaan 2016: Modul 1,2,3 & 4 Siri 4/2016.

Maklumat berkenaan program sijil tersebut adalah seperti berikut:

Modul 1 & 2:-

Tarikh: 21-25 November 2016 (Isnin – Jumaat)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Bilik Syarahan 1, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Modul 3 & 4:-

Tarikh: 28 November – 2 Disember 2016 (Isnin – Jumaat)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Bilik Syarahan 1, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Yuran setiap modul adalah RM600.00 seorang (Ahli PPM) dan RM700 seorang (Bukan Ahli PPM). Jumlah yuran keseluruhan program ini adalah RM2,400.00 (Ahli PPM) dan RM2,800.00 (Bukan Ahli PPM).

Tawaran Istimewa kepada peserta yang telah mengambil modul sebelum ini dan ingin melengkapkan empat-empat modul!!

Harga bagi modul seterusnya adalah RM400.00 (sila serta tarikh modul yang telah dihadiri/ siri ke berapa)

Bagi peserta yang ingin mengambil kesemua modul pada SIRI ini sahaja!!

Harga bagi kesemua modul adalah RM1,600.00 (Ahli PPM) dan RM2,000 (Bukan Ahli PPM)

Tawaran ini sah sehingga tarikh akhir pendaftaran! 16 November 2016.

Bagi peserta yang baharu dan ingin mengambil satu sahaja modul, harga adalah mengikut harga tetap.

Kami mengalu-alukan penyertaan daripada pihak Y.Bhg
Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan.

Untuk maklumat lanjut boleh lihat dilampiran.

maklumat-program-sijil-pembantu-perpustakaan-dis-2015

brosur-program-spp-modul-1-siri-4_specialoffer

brosur-program-spp-modul-2-siri-4_specialoffer

brosur-program-spp-modul-3-siri-4_specialoffer

brosur-program-spp-modul-4-siri-4_specialoffer

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

%d bloggers like this: