[JEMPUTAN PROGRAM] Pustakawan Bestari Inovasi dan Teknologi (Pustakawan-BITE) 2017

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

YBhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan Program Pustakawan Bestari Inovasi dan Teknologi (Pustakawan-BITE) edisi ke 2 tahun 2017.

Maklumat berkenaan program tersebut adalah seperti berikut:

Perkara: Program Pustakawan Bestari Inovasi dan Teknologi(Pustakawan-BITE)
Tarikh: 16 Oktober 2017 (Isnin)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan berkaitan konsep dan aplikasi teknologi yang relevan pada masa kini untuk memantapkan perkhidmatan perpustakaan.

Topik yang akan dibentang adalah seperti berikut:-

> Penggunaan Teknologi Media untuk Perkhidmatan Perpustakaan.
Oleh: Encik Mohd Fuad Mohamed Yusof – UTM
> Penggunaan Perisian Sumber Terbuka untuk Kerja-kerja Dokumentasi Pejabat.
Oleh: En. Muizzudin Bin Kaspol – UPM

Yuran program ini adalah RM100.00 seorang (Ahli PPM) dan RM200.00 seorang (Bukan Ahli PPM).

Tarikh akhir bagi mendaftar program ini adalah pada 10 Oktober 2017(Selasa).

Kami mengalu-alukan penyertaan daripada pihak Y.Bhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan.

Untuk maklumat lanjut boleh lihat seperti dilampiran.

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Shamsinar. Emel: shamsinar@pnm.gov.my

atau Cik Wan Nor Azian. Emel: pustakawan55@gmail.com

Sekian, terima kasih.

 

Muhammad Akmal Ahmat

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

Leave a Reply

%d bloggers like this: