[JEMPUTAN PROGRAM] Pustakawan Bestari Inovasi dan Teknologi (Pustakawan-BITE)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

YBhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) akan menganjurkan Program Pustakawan Bestari Inovasi dan Teknologi (Pustakawan-BITE).

Maklumat berkenaan program tersebut adalah seperti berikut:

Perkara: Program Pustakawan Bestari Inovasi dan Teknologi(Pustakawan-BITE)
Tarikh: 25 Oktober 2016 (Selasa)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL)

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan berkaitan konsep perkhidmatan perpustakaan yang relevan pada masa kini melalui platform disediakan untuk mendapatkan idea dalam memantapkan perkhidmatan perpustakaan dengan mengadaptasi teknologi semasa dalam memperkasakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan media sosial di perpustakaan.

Yuran program ini adalah RM100.00 seorang (Ahli PPM) dan RM200.00 seorang (Bukan Ahli PPM).

Tarikh akhir bagi mendaftar program ini adalah pada 18 Oktober 2016 (Selasa).

Kami mengalu-alukan penyertaan daripada pihak Y.Bhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan.

Untuk maklumat lanjut boleh lihat seperti dilampiran.

  1. Brosur-program-pustakawan-bite
  2. Aturcara Program
  3. Pendaftaran Dalam Talian: https://goo.gl/kvBLA6

Sebarang pertanyaan bolehlah emel ke pustakawan55@gmail.com

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

%d bloggers like this: