[JEMPUTAN PROGRAM] SUMBANG SARAN PADA 14 DISEMBER 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ahli-ahli PPM yang dihormati,

JEMPUTAN KE PROGRAM SUMBANG SARAN PADA 14 DISEMBER 2015.

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.

Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) akan mengadakan satu program berdialog di antara mantan-mantan presiden PPM bersama ahli-ahli PPM. Butiran adalah seperti berikut:

Perkara: Program Sumbang saran.
Tarikh: 14 Disember 2015 (Isnin).
Masa: 8:30 pagi – 12:30 tengah hari.
Tempat: Bilik Auditorium, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli PPM berdialog dengan mantan presiden PPM. Hal ini selaras dengan cadangan yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2014 di mana untuk merangka pelan strategi yang sepadu dan berwawasan, perlulah mengambilkira input daripada pihak-pihak berkepentingan dan ahli berpengalaman.

Mohon berikan butiran seperti dibawah ke alamat email: pustakawan55@gmail.com selewatnya 11 Disember 2015 (Jumaat)

Nama:
Institusi:
No. Tel:
Email:

Semoga dengan terlaksananya program ini, PPM dapat mengenal pasti pelan yang lebih bermutu dan menepati kehendak semua ahli. Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

%d bloggers like this: