KEJOHANAN BOLING BERPASUKAN PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) 2016

Ahli-Ahli PPM Yang Dihormati

YBhg Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan,

KEJOHANAN BOLING BERPASUKAN PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) 2016

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) akan menganjurkan kejohanan Boling Berpasukan Persatuan Pustakawan Malaysia 2016 sempena Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2015-2016 di Ampang Point, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 27 Mac 2016 jam 1.00 tengah hari.

3. Sehubungan itu, pihak Persatuan Pustakawan Malaysia mengalu-alukan penyertaan semua ahli PPM untuk menyertai kejohanan boling ini. Bersama-sama ini disertakan Borang Penyertaan Kejohanan Boling Berpasukan PPM dan perlu dikembalikan bersama Yuran Pendaftaran berjumlah RM100.00 sebelum atau pada 18 Mac 2016. Keterangan akaun bank adalah seperti berikut:

PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA
MALAYAN BANKING BERHAD
014 299 301 082

4. Penyertaan YBhg Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam kejohanan ini amatlah dialu-alukan untuk memeriahkan lagi kejohanan ini dan terus menyertai Mesyuarat Agung PPM 2015-2016 yang akan diadakan pada 28 Mac 2016 di Auditorium, Perpustakaan Negara Malaysia.

Surat Jemputan Bowling

Borang Penyertaan Bowling (2)

Klik Sini. Aturcara Bowling PPM 2016

Sekian, terima kasih.

%d bloggers like this: