Maklumat Bengkel OCLC Connexion 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhgDato’/Datin./Prof./Dr./Tuan/Puan,

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah melanggan pangkalan data OCLC Connexion untuk tahun yang kedua, yang mana ia menyediakan platform kepada cataloger dalam proses pendokumentasian bahan perpustakaan melalui copy cataloguing yang bertaraf antarabangsa.

Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama NM13 Sdn Bhd akan menganjurkan Bengkel OCLC Connexion 2015 bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran ahli konsortium. Latihan untuk tahun kedua ini akan diadakan mengikut Zon bagi memudahkan para peserta untuk menghadiri bengkel yang akan diadakan selama 2 hari, yang akan dikendalikan oleh para cataloger dari Perpustakaan Negara Malaysia yang terlatih.

Untuk maklumat lanjut sila klik pada lampiran yang disediakan.

Klik disini.

 

 

%d bloggers like this: