[MAKLUMAT PENTING] PERMINTAAN MAKLUMAT UNTUK DIREKTORI PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera
Permintaan maklumat untuk Direktori PPM = Information request for PPM Directory
Ahli-ahli PPM dan pustakawan yang dihormati,
Sempena sambutan ulangtahun PPM ke 60 pada September 2015, PPM sedang mengusahakan penerbitan bercetak senarai penuh ahli (full list of members).  Pihak editorial ingin memohon pertolongan Tuan/Puan untuk menyemak senarai yang disertakan di laman web PPM ini supaya draf akhirnya nanti lebih tepat dan kemas.  Senarai 2,282 ahli ini dihasilkan dengan mengumpulkan data dari pangkalan data ahli, senarai ahli semasa pada tahun-tahun tertentu dan laporan mesyuarat agung tahunan.
PPM memutuskan mengemaskini daftar ahli yang ada dan penetapan nombor ahli yang sepadan dengan jumlah ahli sebenar.  Bagi tujuan tersebut, sila maklumkan:
1.     Maklumat diri Tuan/Puan jika memerlukan sebarang pembetulan;
2.  Maklumat tambahan yang berguna untuk pembetulan, penambahan dan perubahan yang berguna untuk pengemaskinian pangkalan data;
3.      Maklumat ahli lain yang dapat membantu pengemaskinian.
Kami mengharapkan juga Tuan/Puan mengambil peluang memperbaharui dan menggalakkan anggota kerja perpustakaan memohon keahlian PPM (sama ada sebagai ahli profesional, ahli bersekutu dan ahli institusi) jika belum berbuat demikian.
Kandungan direktori boleh dirujuk di bahagian bawah makluman ini.  Sila sampaikan maklumat yang berkaitan kepada Puan Balqis Suja’ (s_balqis@yahoo.com) dan salinan kepada Setiausaha Kerja di pustakawan55@gmail.com dengan tajuk Direktori PPM 2015.
Semoga mendapat kerjasama dan sokongan daripada komuniti kepustakawanan Malaysia.  Segala bantuan yang dihulurkan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.

 

PPM to verify members 2015

%d bloggers like this: