[PROGRAM MLG PPM] LAWATAN PENANDA ARAS KE BEIJING & TIANJIN, CHINA

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

YBhg. Dato’/Datin/Prof.Dr./Tuan/Puan,

Merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perpustakaan Perubatan (MLG) Persatuan Pustakawan Malaysia ingin menjemput penyertaan tuan/puan dalam program lawatan penanda aras ke Beijing dan Tianjin, China pada ketetapan berikut:-

Tarikh: 21-27 September 2019.

Peserta akan dibawa melawat:
1.Beijing University Library
2. Beijing Health Science University Library
3. Binhai Library.

**Binhai Library merupakan sebuah perpustakaan awam yg baru dirasmikan. Senibina hasil rekaan arkitek berasal dari Jerman ini telah dinobatkan sebagai rekaan terindah di China dekad ini.
Disamping itu peserta akan juga dibawa melawat ke tempat tarikan pelancong yang lazimnya dilawati di Beijing.

Harga pakej:
1. RM3,650/ twin share (Ahli PPM)
2. RM3,750/twin share (Bukan ahli PPM)
3. RM700/tambahan untuk single room

Tempat kosong agak terhad. Sila hubungi penyelaras pakej jika tuan/puan berminat.

Hubungi Penyelaras: En. Hasbullah Atan Emel: hasbullah.atan@gmail.com Facebook:hasbullah.atan.9

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.