[JEMPUTAN] MAJLIS MAKAN MALAM 2018 PPM

Assalamualaikum dan salam hormat

YBhg Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Ketua Pustakawan / Ketua Jabatan / Ahli PPM / Pustakawan / Pensyarah / Warga Kerja Perpustakaan, Pusat Maklumat, Pusat Sumber/ Para Pelajar bidang Sains Perpustakaan & Maklumat.

Sukacita dimaklumkan bahawa PPM berbesar hati menjemput Tuan/Puan ke Majlis Makan Malam PPM 2018 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 25 Mac 2018 (Ahad)
Masa : 7.30pm -10.30pm
Tempat : Restoran Rebung by Chef Ismail, Tasik Perdana KL (berhampiran Ibupejabat PDRM Bukit Aman)
Tema: Hitam + Emas/Perak

Bayaran Individu (Ahli PPM) : RM60.00
Bayaran Individu (Bukan Ahli) : RM70.00
Bayaran satu meja (10 orang): RM700.00

Pelbagai aktiviti istimewa kami sajikan antaranya persembahan artis, pertandingan nyanyian, cabutan bertuah, Anugerah Busana Paling Menawan dan banyak lagi.

Apa yang lebih istimewa, kita dapat berkumpul bersama-sama sebagai sebuah keluarga PPM.

Mohon mengesahkan penyertaan/tempahan meja makan anda sebelum 20 Mac 2018 kerana tempat adalah TERHAD. Untuk pengesahan tempahan, sila daftar kepada alamat email: pustakawan55@gmail.com atau ali@pnm.gov.my. Kami juga boleh dihubungi di talian 03-26871809/012-3825925/013-7391591

Penyertaan anda adalah SOKONGAN; dan KEHADIRAN anda adalah sebuah KEJAYAAN.

Sekian, terima kasih.

Salam Kasih Mesra:

PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM)
Pustaka Sumber Ilmu

 

Muhammad Akmal Ahmat

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

%d bloggers like this: