NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) BAGI TAHUN 2016

Kepada : Ahli Persatuan Pustakawan Malaysia

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera

YBhg. Prof. / Puan Sri / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) BAGI TAHUN 2016

Dengan hormatnya dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan PPM kali ke-60 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 28 Mac 2016 / 19 Jamadil Akhir 1437 (Isnin)
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia
Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur.

2. Ahli diminta mengambil perhatian kepada aturan perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan PPM, seperti berikut:

Aturcara majlis:
8:00 pagi: Pendaftaran anggota
8:45 pagi: Ahli mengambil tempat
8.50 pagi: Ketibaan tetamu kehormat
9:00 pagi: Bacaan Doa
Ucapan alu-aluan oleh Presiden PPM
Ucaptama dan Perasmian oleh Tetamu Kehormat
Penyampaian Anugerah: Pelajar Terbaik Sains Perpustakaan 2015
10:15 pagi: Jamuan
10:30 pagi: Mesyuarat Agung Tahunan berlangsung
1:00 t/hari: Mesyuarat Agung Tahunan berakhir, diikuti makan tengahari, & Solat Zuhur.
2:15 petang: Ceramah oleh Dato’ Dr. Zaiton Osman
3:15 petang: Ceramah oleh En. Aaron Mokhtar
4:15 petang: Sesi Soal Jawab
5:00 petang: Bersurai

Agenda mesyuarat:

1. Membentang serta mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2014/2015
2. Menerima serta menimbangkan Laporan Tahunan PPM 2015/2016
3. Menerima serta menimbangkan Penyata Kira-Kira PPM 2015
4. Menerima serta menimbangkan pindaan perlembagaan, resolusi, usul dan cadangan, jika ada.
5. Melantik seorang atau lebih juruaudit kehormat
6. Melantik dua orang pemerhati
7. Usul terima kasih kepada Majlis 2014-2016
8. Hal-Hal lain.

3. Sebarang cadangan pindaan Perlembagaan hendaklah disampaikan ke Sekretariat PPM pada atau sebelum 28 Februari 2016, dan usul pula pada atau sebelum 7 Mac 2016, melalui Borang Usul yang dilampirkan.

4. Penyata akaun teraudit, minit mesyuarat dan laporan tahunan boleh diakses, dimuat-turun dan dicetak melalui laman web PPM pada atau sebelum 14 Mac 2016. Segala dokumen akan dipaparkan dengan pancaran LCD semasa Mesyuarat Agung. Sila bawa sendiri Buku Panduan PPM (mengandungi perlembagaan PPM) dan laporan tahunan kerana hanya penyata kira-kira bercetak akan diedarkan.

Segala sokongan, perhatian dan kerjasama amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

SILA KLIK SINI. Notis AGM 2016

SILA KLIK SINI. Surat Pelepasan Menghadiri MAT 2016 PPM_ update

SILA KLIK SINI. Borang Usul AGM 2016

Sekian, terima kasih.

%d bloggers like this: