NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) BAGI TAHUN 2017

Assalamualaikum wbt. & salam sejahtera

YBhg. Prof. / Tan Sri / Puan Sri / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) BAGI TAHUN 2017

Dengan hormatnya dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan PPM kali ke-61 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 27 Mac 2017 / 30 Rejab 1438 (Isnin)
Masa: 8:00 pagi – 4:30 petang
Tempat: Auditorium, Aras 7, Universiti Islam Malaysia, Bangunan MKN Embassy Technzone, 63000 Cyberjaya

2. Ahli diminta mengambil perhatian kepada aturan perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan PPM, seperti berikut:

Aturcara majlis:
8:00 pagi: Pendaftaran anggota
8:45 pagi: Ahli mengambil tempat
8.50 pagi: Ketibaan tetamu kehormat
9:00 pagi: Bacaan Doa
Ucapan alu-aluan oleh Presiden PPM, Dato’ Nafisah binti Ahmad
Perasmian oleh Presiden UIM, Tan Sri Dr. Yusof Noor
Penyampaian Anugerah: Pelajar Terbaik Sains Perpustakaan 2016
10:15 pagi: Jamuan
10:30 pagi: Mesyuarat Agung Tahunan
1:00 t/hari: Mesyuarat Agung Tahunan berakhir, diikuti makan tengahari, & Solat Zuhur.
2:15 petang: Promosi KMaya oleh wakil dari KConnections
2:45 petang: Promosi IFLA WLIC 2018
4:30 petang: Bersurai

Agenda mesyuarat:
1. Membentang serta mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2015/2016
2. Menerima serta menimbangkan Laporan Tahunan PPM 2016/2017
3. Menerima serta menimbangkan Penyata Kira-Kira PPM 2016
4. Menerima serta menimbangkan pindaan perlembagaan, resolusi, usul dan cadangan, jika ada.
5. Hal-Hal lain.

3. Sebarang cadangan pindaan Perlembagaan hendaklah disampaikan ke Sekretariat PPM pada atau sebelum 2 Mac 2017 dan usul pula pada atau sebelum 7 Mac 2017, melalui Borang Usul yang dilampirkan.

4. Penyata akaun teraudit, minit mesyuarat dan laporan tahunan boleh diakses, dimuat-turun dan dicetak melalui laman web PPM pada atau sebelum 20 Mac 2017. Segala dokumen akan dipaparkan dengan pancaran LCD semasa Mesyuarat Agung. Sila bawa sendiri Buku Panduan PPM (mengandungi perlembagaan PPM) dan laporan tahunan kerana hanya penyata kira-kira bercetak akan diedarkan.

Segala sokongan, perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. / Tan Sri / Puan Sri / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Borang Usul AGM PPM 2017

Notis AGM 2017_08022017

Surat Pelepasan Menghadiri MAT PPM 2017

Sekian.

Leave a Reply

%d bloggers like this: