Notis Pembaharuan Yuran Keahlian PPM 2017

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

YBhg. Dato’/ Datin / Tuan / Puan,

PEMBAHARUAN YURAN KEAHLIAN PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Seperti YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan sedia maklum, Perlembagaan Persatuan Pustakawan Malaysia (Pindaan) 1998, memperuntukkan yuran keahlian Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) hendaklah dijelaskan pada 1 Januari setiap tahun.

3. Sehubungan itu, saya memohon kerjasama YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk memperbaharui yuran keahlian Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) bagi tahun 2017 sebelum 15 Mac 2017.

4. Bayaran boleh dibuat melalui cek/deposit tunai atas nama Persatuan Pustakawan Malaysia. Maklumat pembayar dan bukti pembayaran hendaklah disampaikan ke pejabat Persatuan. Maklumat akaun PPM adalah seperti berikut:

Nama Akaun : Persatuan Pustakawan Malaysia B
Nombor Akaun : 014299301082
Alamat Bank : Malayan Banking Berhad
Cawangan Wisma Sime Darby
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

5. Sila hantar bukti pembayaran bersama borang pembaharuan keahlian PPM kepada Bendahari Kehormat. Jika YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan ingin penjelasan lanjut, sila hubungi Cik Rohaya Umar di talian 019-3384031 atau berhubung dengan Pegawai Eksekutif PPM, Cik Wan Nor Azian binti Wan Abdullah, di talian 013-7391591 atau emel kepada pustakawan55@gmail.com.

6. Sokongan dan kerjasama YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

notis-pembaharuan-yuran-keahlian-ppm-2017

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

%d bloggers like this: