Assalamu’alaikum wbt. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Tan Sri/Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya kami ingin memaklumkan bahawa Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) telah menetapkan akan menganjurkan Mesyuarat Agung PPM kali ke-59 sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh: 30 March 2015 /9 JamadilAkhir 1435 (lsnin)
Masa: 8:00 pagi-5.00 petang
Tempat: Auditorium Aras 2, Bangunan Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia
Agenda mesyuarat
1. Membentang serta mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2013/2014
2. Menerima serta menimbangkan Laporan Tahunan PPM 2013/2014
3. Menerima serta menimbangkan Penyata Kira-Kira PPM 2014
4. Menerima serta menimbangkan pindaan perlembagaan, resolusi, usul dan cadangan (jika ada).
5. Hal-hal lain yang berkaitan.
6. Pada sebelah petang, pihak Sekretariat PPM bakal menganjurkan Seminar Kesedaran GST terhadap bidang Kepustakawanan Malaysia.
Kehadiran ahli dan segala kerjasama serta sokongan daripada pihak YBhg. Tan Sri/Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dalam memastikan mesyuarat ini dapat dijayakan dengan lancar dan seterusnya membantu kemajuan tenaga kerja industri perpustakaan dan maklumat di negara kita.
Sekian, terima kasih.
Muat turun lampiran:-