Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
Y.Bhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menganjurkan Persidangan Perpustakaan Se-Malaysia 2017 (PPSM 2017) pada 12 hingga 13 September 2017 bertempat di Dewan Tun Abu Zahar, Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.
3. Antara topik yang akan dibincangkan adalah:
a. Inovasi Maklumat Mendayakan Masyarakat Cemerlang
b. Landskap Perkhidmatan Maklumat Kemakmuran Sejagat
c. Perpustakaan Meneroka Transformasi Maklumat
d. Forum Kesedaran IFLA WLIC
4. PPSM 2017 juga akan mengadakan Pertandingan Inovasi Produk & Perkhidmatan. Pertandingan ini terbuka kepada perpustakaan dan pusat sumber sekolah di Malaysia. Bertemakan: “Continuous Innovation For Excellent”. Maklumat lanjut boleh layari: http://infomgtkdh.wixsite.com/indelib
5. Kami mengalu-alukan penyertaan daripada pihak Y.Bhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan. Maklumat lanjut berkaitan PPSM 2017 boleh didapati di laman web (http://www.ppm55.org/) atau (http://ppsm.ppm55.org/) dan juga disertakan sebagaimana lampiran.
Sekian, terima kasih.
You must log in to post a comment.