PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN HARTA INTELEK 2016

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Ahli-ahli PPM yang dihormati,

Penganjur utama pertandingan ini ialah Universiti Kebangaaan Malaysia yang memegang amanah penting sebagai sebuah universiti yang memartabatkan bahasa ibunda, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan juga Perbadanan Harta Intelek Negara (MyIPO). Empat rakan strategik sebagai pengajur bersama terdiri daripada Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Pustakawan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Pertandingan Berbalas Pantun Harta Intelek sempena Hari Harta Intelek 2016 dicetuskan oleh kesedaran tentang peri pentingnya untuk meningkatkan kesedaran mengenai harta intelek melalui wadah pantun yang merupakan puisi tradisi Melayu yang di dalamnya terkandung kehalusan budi dan ketajaman fikiran.

Maklumat Program
Yuran Penyertaan : RM 20.00

Bayaran :
No. Akaun CIMB : 800223430-7
(SWIFT CODE: CIBBMYKL)
“UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA”

Untuk Keterangan Lanjut :
Pn. Anna Kustyana (019-220 6083)
Pn. Norazimah (016-383 3670)

Atau boleh dapatkan borang penyertaan disini.

SILA KLIK SINI.

PERTANDINGAN BERBALAS PANTUNHARTA INTELEK
Sekian, terima kasih.

%d bloggers like this: