Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
YBhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) akan menganjurkan Pertandingan Kuiz Dalam Talian PPM 2016. Kuiz dalam talian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan ahli persatuan di seluruh Malaysia berkaitan bidang Kepustakawanan. Disamping itu juga, pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ahli tentang peranan Persatuan Pustakawan Malaysia.
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:-
- Terbuka kepada Pustakawan warganegara Malaysia sahaja.
- Peserta yang layak perlu berdaftar sebagai ahli PPM . Ahli PPM yang sudah berdaftar perlu memastikan tiada tunggakan yuran melebihi 3 tahun kebelakang.
- Peserta perlu berdaftar menggunakan akaun emel Google sahaja.
- Bukan terdiri daripada Ahli Majlis, Ahli Jawatankuasa Tetap dan Pengerusi Kumpulan.
- Setiap pemenang kuiz bulanan akan diberikan kepada peserta yang menjawab dengan cepat dan betul.
- Bagi pemenang hadiah terkumpul pula akan diberikan kepada peserta yang menjawab dengan cepat dan betul dalam angka jumlah yang tinggi bagi ketujuh-tujuh sesi kuiz.
Keputusan juri pertandingan kuiz ini adalah muktamad.
Kini DITUTUP penyertaan:
SESI PERTAMA – https://goo.gl/YOeIMA
SESI KEDUA – https://goo.gl/f1jlQc
SESI KETIGA – https://goo.gl/8sBTZn
SESI KEEMPAT – https://goo.gl/r4TKUz
SESI KELIMA – https://goo.gl/7wYCu0
SESI KEENAM – https://goo.gl/W6WrBv
SESI KETUJUH/TERAKHIR – https://goo.gl/JGNwGd
- Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
- En. Muhammad Akmal Ahmat,
- Emel: akmal_ahmat@usm.my
- Telefon: 046533982
- En. Muhammad Akmal Ahmat,
You must log in to post a comment.