[PERTANDINGAN] Pertandingan Penulisan Pengalaman Sepanjang PKP

Kepada:
Ahli Persatuan Pustakawan Malaysia

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

YBhg Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan.

Pertandingan Penulisan Pengalaman Sepanjang PKP
Semua ahli PPM dijemput untuk menyertai Pertandingan Penulisan Pengalaman Sepanjang PKP COVID-19. Pertandingan anjuran PPM ini bertujuan untuk tuan/ puan berkongsi pengalaman serta perjalanan kehidupan harian sepanjang PKP berkuatkuasa di seluruh Malaysia. Maklumat lanjut pertandingan adalah seperti berikut :
Tarikh tutup penerimaan penulisan adalah : 4 Julai 2020 (Sabtu).
Hantarkan karya penulisan anda ke e-mel : penulisanppm@gmail.com.

Sila hubungi nombor di bawah untuk sebarang pertanyaan:
i. Encik Zawawi Tiyunin (019-8202400)
ii. Puan Siti Sumaizan Ramli (019-2702028)
iii. Cik Farah Syazwani Baharuddin (013-6384274)

Bersama-sama ini dilampirkan poster pertandingan untuk rujukan tuan/puan.

MUAT TURUN: POSTER PENULISAN PKP PPM 2020

Sekian, terima kasih.

PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA
Pustaka Sumber Ilmu

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.