Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
YBhg Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan.
Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) akan menganjurkan sesi bual bicara PPM2U Talk with IFLA President pada ketetapan berikut:-
Tarikh: 8 Ogos 2020 (Sabtu)
Masa: 10:00 – 11:00 pagi
Siaran Langsung melalui Facebook: PPM55
Panel Jemputan: Puan Christine Mackenzie (Presiden IFLA, 2019-2021)
Moderator: Dr. Rashidah Bolhassan (Presiden PPM, 2020-2022)
Program secara santai ini akan mengetengahkan topik berkaitan hala tuju IFLA dan peranan mereka dalam memastikan bidang kepustakawanan terus kekal relevan.
YBhg Dato’/Datin/Dr/tuan/puan amatlah dialu-alukan untuk bersama-sama mengikuti program ini. Semoga program ini akan memberi manfaat kepada kita semua.
Sekian, terima kasih.