Assalamualaikum & salam sejahtera,
Kepada :
Semua Warga Kerja Perpustakaan/Pengurusan Maklumat/Pusat Sumber Wilayah Utara Malaysia
YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
JEMPUTAN PROGRAM KESEDARAN IFLA WLIC 2018 KUALA LUMPUR & PPM ROADSHOW
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) Kumpulan Utara dengan kerjasama Perpustakaan Hamzah Sendut, USM akan mengadakan Program Kesedaran IFLA WLIC 2018 Kuala Lumpur & PPM Roadshow pada:
Sehubungan itu, semua pustakawan/ profesional maklumat/ staf akademik/ penyelidik/ pembekal buku dan perkhidmatan maklumat dijemput untuk menghadiri program ini.
Disamping itu juga, kaunter pendaftaran dan pembaharuan keahlian akan dibuka sepanjang berlangsungnya program.
Tuan/puan hanya perlu mengesahkan kehadiran terlebih dahulu melalui emel kepada Cik Azni Yantee Abdul Raoh, emel: azniyantee@unimap.edu.my
Tarikh tutup pengesahan penyertaan adalah 26 JANUARI 2017 (JUMAAT).
Penglibatan tuan/puan amatlah dialu-alukan.
Sekian, Terima Kasih.
30 JANUARI 2017 (SELASA) | |
MASA | PROGRAM |
1.30 petang | Pendaftaran peserta dan keahlian PPM |
2.10 petang | Bacaan Doa |
2.15 petang | Aluan Pengerusi PPM Kumpulan Utara |
2.30 petang | Penerangan IFLA WLIC 2018 Kuala Lumpur oleh Puan Rashidah Begum Fazal Mohamad, Puan Engku Razifah Engku Chik, Encik Muhammad Akmal Ahmat
· Peserta IFLA WLIC 2018 · Sukarelawan IFLA WLIC 2018 · Library Boulevard · Pembentang Kertas Kerja IFLA WLIC 2018 · Pengalaman Penglibatan IFLA WLIC yang lalu · Keahlian Baru Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)
|
4.30 petang
|
Soal Jawab
|
4.45 petang | Jamuan Minum Petang |


Peta Letak Kenderaan Yang Dibenarkan dalam USM
You must log in to post a comment.