JEMPUTAN MENGHADIRI PERSIDANGAN DIVERSITY OF DATA : RESOURCE DESCRIPTION AND ACCESS (RDA) IN THE INTERNATIONAL CONTEXT

#WLIC2018

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI PERSIDANGAN DIVERSITY OF DATA : RESOURCE DESCRIPTION AND ACCESS (RDA) IN THE INTERNATIONAL CONTEXT

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan sempena World Library Information Congress (WLIC) ke-84 di Kuala Lumpur pada 24 sehingga 30 August 2018 ini, IFLA RDA Board akan mengadakan Persidangan Diversity of Data : RDA In The International Context pada ketetapan berikut :

Tarikh : 23 Ogos 2018 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Aras 2, Anjung Bestari PNM

3. Persidangan ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dalam melaksanakan RDA di negara masing-masing. Disamping itu, peserta akan dapat mengetahui perkembangan terkini standard RDA. Seramai 300 orang peserta persidangan terdiri daripada para pustakawan dari seluruh dunia, pensyarah dan pelajar IPT dijangka menghadiri persidangan ini. Sehubungan itu, Jabatan ini berbesar hati ingin menjemput YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dan pegawai bawah seliaan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri persidangan tersebut.

4. Bersama-sama ini dikepilkan maklumat persidangan untuk makluman dan tindakan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan. Penyertaan persidangan ini adalah PERCUMA. Pendaftaran boleh dibuat melalui url: http://www.rdatoolkit.org/form/rda-event-in-kl

5. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 23 Julai 2018.

6. Sekiranya pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan, mohon dimajukan kepada pegawai bertanggungjawab iaitu Puan Anisatul-Wahidah Abdul Wahid (anisatul@pnm.gov.my) atau Puan Habirah Mohamad (habirah@pnm.gov.my) di talian 03-26871940/1931.

Kerjasama dan sokongan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

MUAT TURUN MAKLUMAT PERSIDANGAN: KLIK

Muhammad Akmal Ahmat

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

%d bloggers like this: