[ANNOUNCEMENT] PERMINTAAN KERTAS CADANGAN (REQUEST FOR PROPOSAL) MENAIKTARAF, MEMASANG DAN MENGUJITAULIAH LAMAN WEB PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA

>>Muat Turun: REQUEST FOR PROPOSAL PPM<<

  • Tarikh: 02/02/2020
  • Diuruskan oleh: Jawatankuasa Teknologi Maklumat PPM
  • Tarikh Tutup Maklumbalas: 29/02/2020
  • Maklumbalas kepada: jkictppm@gmail.com

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kini membuka tawaran kepada mana-mana pihak (syarikat/freelance/individu) yang berminat untuk melaksanakan projek menaiktaraf, memasang dan mengujitauliah laman web Persatuan Pustakawan Malaysia.

  1. Meskipun PPM adalah Badan Bukan Kerajaan (NGO), penilaian terhadap ciri-ciri pembangunan laman web adalah berdasarkan spesifikasi, justifikasi dan kreativiti tuan/puan selagi mana memenuhi piawaian-piawaian keselamatan antarabangsa atau garis panduan kerajaan Malaysia seperti berikut:-
  • Garis Panduan Malaysian Civil Service Link (MCSL) dan Laman Web Agensi Kerajaan.
  • Garis Panduan Pengurusan Laman Web Agensi Sektor Awam
  1. Selain itu, PPM juga akan membuat penilaian terhadap laman web baharu atas perkara-perkara berikut:-
  • Mampu menampung lebih 5 juta hits setiap tahun.
  • Mampu menampung lebih 500 GB bandwith setiap tahun.
  • Mampu menampung lebih 100 ribu jumlah pelayar unik setiap tahun.
  • Mampu menampung operasi lebih 5 subdomain.
  • Mampu menampung storan emel melebihi 20GB.
  • Mampu menampung storan laman web melebihi 20 GB.
  1. Hanya syarikat/freelance/individu yang mempunyai kelayakan profesional dan berpengalaman layak untuk memohon.
  1. Cadangan yang diterima akan dinilai dan diberi maklum balas melalui emel.
  2. Sebarang pertanyaan emel kepada jkictppm@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.