[HEBAHAN] Kajian Selidik Dalam Talian Untuk Perpustakaan Khusus 2018

Oleh: Ain Nadia M Hashikin, PETRONAS Resource Centre; Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus (SLC)

Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus (SLC) Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) sedang menjalankan satu kaji selidik atas talian bagi mengkaji dengan lebih terperinci mengenai perpustakaan khusus terutama berkaitan dengan aktiviti, isu dan cabaran mendatang. Kaji selidik ini adalah salah satu kaedah yang diguna oleh SLC untuk mengumpul data tentang perpustakaan khusus. Maklumat dan data dari kaji selidik ini akan dikumpul, dianalisa dan hasilnya akan diguna untuk merancang dan melaksana aktiviti tahunan yang dapat memberi nilai tambah dan penambahbaikan kepada perpustakaan khusus di Malaysia.

 

Soalan kaji selidik atas talian ini mengandungi lima (5) seksyen iaitu soalan demografik, isu dan cabaran, program dan cadangan, dan SLC. Pautan ini dibuka dari 15 Februari 2018 hingga 15 March 2018.  Mohon klik di sini untuk mengisi borang kaji selidik atau terus ke pautan ini:

https://goo.gl/3Ut26F

Segala pertanyaan berkaitan kaji selidik ini bolehlah dimajukan kepada:

Ain Nadia binti Mohd Hashikin (ainnadia.mhashikin@petronas.com.my ; 010-8877634) atau Fatimah Syam binti A. Gani (fatimah_syam@petronas.com.my ; 012-3804521)

 

Muhammad Akmal Ahmat

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

%d bloggers like this: