Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Kepada
Ahli Persatuan Pustakawan Malaysia,
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
Adalah dimaklumkan tuan/puan boleh menyemak kelayakan untuk memilih dan mengundi Ahli Majlis PPM 2020 – 2022 melalui pautan berikut, URL: http://www.ppm55.org/directory/.
Namun begitu, sekiranya nama tuan/puan tidak disenaraikan dalam direktori terbabit, tuan/puan diminta emel kepada pustakawan55@gmail.com untuk semakan semula.
Selain itu, penghantaran kertas undi telah pun dilaksanakan melalui emel sepenuhnya, namun, sekiranya tuan/puan tidak mendapat kertas undi, tuan/puan juga boleh menghubungi melalui emel kepada pustakawan55@gmail.com.
Untuk pengetahuan semua, kelayakan memilih dan mengundi hanya kepada kategori ahli seumur hidup dan ahli profesional yang aktif bagi tahun 2017 hingga 2020.
Sekian,
Terima kasih.