SEMINAR UNDERSTANDING LEGAL AGREEMENT FOR ONLINE RESOURCES

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera

YBhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan,

Jawatankuasa Khusus Kumpulan Perpustakaan Undang-Undang (JKKPUU), Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan mengadakan Seminar Understanding Legal Agreement For Online Resources.

Seminar Understanding Legal Agreement For Online Resources diketengahkan untuk menjadi salah satu platfom khusus dalam melibatkan warga perpustakaan yang berkaitan. Seminar ini bakal menjadi wadah pertemuan yang merangkumi keseluruhan sistem perpustakaan yang terlibat khususnya dalam pengurusan bahan maklumat atas talian. Adalah diharapkan dengan penganjuran seminar ini, ia akan berupaya mencetuskan percambahan idea, medan bertukar-tukar pendapat seterusnya membawa aspirasi dalam memperkasakan perpustakaan akademik, mahkamah, firma guaman dan perpustakaan khusus dalam memperhalusi dokumen perjanjian perundangan bagi bahan atas talian di organisasi masing-masing.

Butiran Program adalah seperti berikut:

Tarikh program: 12 Mei 2016

Tempat: Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kumpulan Sasaran: Penyertaan adalah dibuka kepada semua pustakawan dan penolong pegawai yang terlibat dalam aspek pengurusan dan pengendalian perpustakaan undang-undang di Instusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta, perpustakaan mahkamah, firma guaman, dan mereka yang berminat.

Yuran Pendaftaran: RM 80.00 (Ahli PPM) & RM120.00 (Bukan Ahli PPM)

Penceramah:
1. Dato’ Haji Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil
Bendahari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

2. En Muhammad Azrul Hazerin bin Abdul Razak
Penasihat Undang-Undang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Tentatif seperti dilampiran.

Jadual seminar

 

Sila dapatkan borang pendaftaran DISINI.

Brosur Seminar Understanding Legal Agreement

 

Sekian, terima kasih.

%d bloggers like this: