[JEMPUTAN PROGRAM PPM] TAWARAN ISTIMEWA!! PROGRAM SIJIL PEMBANTU PERPUSTAKAAN: MODUL 1-4 SIRI 5/2017

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
YBhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan bahawa, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan Program Sijil Pembantu Perpustakaan 2016: Modul 1,2,3 & 4 Siri 4/2016.
 
Maklumat berkenaan program sijil tersebut adalah seperti berikut:
 
Modul 1 & 2:-
 
Tarikh: 13-17 Mac 2017 (Isnin – Jumaat)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Sanggar Ilmu, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
 
Modul 3 & 4:-
 
Tarikh: 20-24 Mac 2017 (Isnin – Jumaat)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Sanggar Ilmu, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
 
Yuran setiap modul adalah RM600.00 seorang (Ahli PPM) dan RM700 seorang (Bukan Ahli PPM). Jumlah yuran keseluruhan program ini adalah RM2,400.00 (Ahli PPM) dan RM2,800.00 (Bukan Ahli PPM).
 
Tawaran Istimewa kepada peserta yang telah mengambil modul sebelum ini dan ingin melengkapkan empat-empat modul!!
 
Harga bagi modul seterusnya adalah RM500.00 (sila serta tarikh modul yang telah dihadiri/ siri ke berapa)
 
Bagi peserta yang ingin mengambil kesemua modul pada SIRI ini sahaja!!
 
Harga bagi kesemua modul adalah RM1,600.00 (Ahli PPM) dan RM2,000 (Bukan Ahli PPM)
 
Tawaran ini sah sehingga tarikh akhir pendaftaran! 9 MAC 2017.
 
Bagi peserta yang baharu dan ingin mengambil satu sahaja modul, harga adalah mengikut harga tetap.
 
Kami mengalu-alukan penyertaan daripada pihak Y.Bhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan.
 
Untuk maklumat lanjut boleh lihat dilampiran.
  1. Brosur Program SPP Modul 1 Siri 5
  2. Brosur Program SPP Modul 2 Siri 5
  3. Brosur Program SPP Modul 3 Siri 5
  4. Brosur Program SPP Modul 4 Siri 5

bpspp2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: