SEMINAR KEBANGSAAN PERPUSTAKAAN AKADEMIK 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/ Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR KEBANGSAAN PERPUSTAKAAN AKADEMIK: MASYARAKAT MEMBACA: PERANAN SIAPA?

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik (JTPA), Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dengan kerjasama Universiti Multimedia akan mengadakan Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2020 (SKPA 2020) seperti berikut:

Tarikh : 24hb dan 25hb Mac 2020 (Selasa dan Rabu)
Tempat : Multimedia University, Cyberjaya

Seminar ini bertujuan memperkenal dan meningkatkan kesedaran konsep sasaran pembangunan lestari atau Sustainable Development Goals (SDGs) kepada profesional maklumat seperti pegawai profesional, pensyarah dan mahasiswa institusi pendidikan tinggi di Malaysia, serta menilai tahap kesediaan perpustakaan untuk menuju ke arah sasaran pembangunan lestari.

Sehubungan itu, Jawatankuasa SKPA 2020 ingin menjemput tuan/ puan menyertai seminar ini sebagai peserta seminar.

Bagi tuan/puan yang berminat untuk membuat pembentangan, tuan/puan boleh menghantar abstrak sebelum 31 Januari 2020. Maklumat lanjut rujuk disini. URL: http://skpa.upm.edu.my/?page_id=1612

Segala kerjasama dan sokongan tuan/ puan menjayakan seminar ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

SALMAH ABDULLAH
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik (JTPA) 2018/2020

 

Layari:

Homepage

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.