Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
YBhg Prof./Dato’/Datin./Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa paparan Berita PPM kini telah diberi nafas baru. Antara pengisian baru yang diketengahkan adalah:
- Berita PPM / PPM News kini adalah platform untuk menghebahkan sebarang bentuk berita berkenaan dengan Perpustakaan dan topik Kepustakawanan yang disumbangkan oleh Pustakawan-Pustakawan di seluruh Malaysia untuk perhatian masyarakat umum dan juga Pustakawan di peringkat antarabangsa.
- Berita PPM / PPM News kini dipaparkan dengan lebih tersusun, interaktif dan menarik dalam pelbagai bentuk naskah sama ada:-
- coretan peristiwa
- rencana
- ulasan ilmiah
- ulasan buku
- cerpen
- laporan program atau;
- kajian kes berkaitan dengan bidang Kepustakawanan.
- Bermula pada tahun 2016, pelbagai bentuk berita berkaitan dengan Perpustakaan di seluruh Malaysia akan disiarkan secara terus melalui blog Berita PPM.
- Oleh itu, PPM mengalu-alukan semua warga Perpustakaan supaya dapat menyumbang sebarang bentuk jenis makalah kepada PPM untuk dijadikan naskah berita dan makalah yang berinformatif.
- Sekiranya tuan/puan berminat berkongsi berita berkenaan dengan program atau apa-apa jua hal berkaitan dengan Perpustakaan tuan/puan, tuan/puan hanya perlu menghantar manuskrip dalam bentuk fail Microsoft Word dengan pengisian format seperti berikut:-
- Had penulisan sesebuah artikel adalah 400 patah perkataan atau 3 muka surat.
- Memaparkan tajuk artikel, nama penulis, nama jawatan & nama organisasi.
- Memaparkan 3 kata kunci yang menceritakan topik manuskrip tersebut.
- Imej yang dilampirkan dalam sesebuah artikel hendaklah bersaiz tidak melebihi 500KB dan berformat JPEG.
- Senarai rujukan mengikut stail APA 6th.
- Klik untuk lihat contoh manuskrip.
- Hantarkan kepada Jawatankuasa Penerbitan Berita & Jurnal PPM melalui emel: publication@gmail.com dan Courtesy Copy (CC) kepada zawawitj@gmail.com
- Layari paparan BeritaPPM disini. URL: https://beritappm.wordpress.com
- Tuan/puan boleh hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:
Jawatankuasa Penerbitan Berita & Jurnal PPM
- Zawawi Tiyunin
Tel: +6088 – 320244 / +6088 – 320000 ext. 2203
Email: zawawitj@ums.edu.my - Dr. Nor Edzan Che Nasir
Email: edzan@um.edu.my - Siti Sumaizan binti Ramli
Email: sumaizan@upsi.edu.my - Muhammad Akmal Ahmat
Email: akmal_ahmat@usm.my - Azlan Mohamad Hamzah
Email: lanzmh@ppukm.ukm.edu.my - Wan Nor Azian (Pegawai Eksekutif PPM)
You must log in to post a comment.