YOUNG LIBRARIANS CAMP 2018 (YLC)

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Tuan/Puan/Cik,

Dimaklumkan bahawa Persatuan Pustakawan Malaysia ingin menjemput warga kerja Perpustakaan yang telah berkhidmat kurang daripada 20 tahun untuk menyertai “Young Librarians Camp 2018 (YLC)”.

YLC akan berlangsung dengan ketetapan berikut:-

Tarikh: 2-4 Julai 2018 (Isnin hingga Rabu)
Masa: 7:30 pagi – 11 malam
Tempat: Nur Laman Bestari Eco Resort,
Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100 Batu Caves,
Selangor

YLC yang kali pertama kali diadakan ini adalah bertujuan untuk:-

1. Mengumpul pustakawan-pustakawan muda yang komited untuk membentangkan perspektif mereka tentang pembangunan Perpustakaan dan Pusat Pengurusan Maklumat.
2. Meningkatkan keupayaan Pustakawan muda yang komited untuk menerajui pembangunan Perpustakaan di Malaysia
3. Menangani dan mencari penyelesaian kepada ancaman yang dihadapi oleh Pustakawan dan Perpustakaan
4. Merumuskan cadangan untuk bergerak ke hadapan dengan menubuhkan Seksyen Pustakawan Muda PPM

Sekiranya tuan/puan/cik berminat untuk menyertai kem ini, sila muat turun borang dilampiran.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

En. Ghazali Mohamed Fadzil
Emel: ghazmf@gmail.com
Cik Wan Nor Azian Wan Abdullah
Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)
Peti Surat 12545
50782 Kuala Lumpur
HP: 013-7391591
Email: pustakawan55@gmail.com

 

MUAT TURUN BORANG DISINI

Muhammad Akmal Ahmat

Librarian. Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia

%d bloggers like this: