[PROGRAM PPM] YOUNG LIBRARIANS CAMP BORNEO 2019 (YLCB2019)

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan

Merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dengan Kerjasama Pustaka Negeri Sarawak (PNS) akan mengadakan Program Young Librarian Camp Borneo 2019 (YLCB2019) pada ketetapan berikut:

Tarikh: 29 April – 1 Mei 2019 (Isnin-Rabu)
Tempat: Pustaka Negeri Sarawak, Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium,
93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak
Masa: 9:00 pagi – 5;00 petang
Yuran: RM300.00 (Ahli PPM) & RM350.00 (Bukan Ahli PPM) *HRDF Claimable
Penginapan: Percuma! Berkhemah di  Tasik Pustaka Negeri Sarawak.

*Penginapan sehari sebelum program berlangsung adalah tanggungan sendiri. Khemah hanya disediakan bermula pada 29 April 2019.

Pakaian: Sukan dan kasual.

3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 April 2019 (Jumaat) jam 12:00 tengah hari. Kami mengalu-alukan penyertaan daripada pihak YBhg Dato’/Datin./ Prof.Dr./Tuan/Puan dalam program ini, Untuk maklumat lanjut, sila rujuk brosur seperti dilampiran.

4. Bagi mendapat gambaran kandungan program, tuan/puan boleh tonton rangkuman edisi lepas melalui video berikut:-

Sekian, terima kasih.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.