Ahli Persatuan Pustakawan Malaysia
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Seperti YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan sedia maklum, Perlembagaan Persatuan Pustakawan Malaysia (Pindaan) 1998 memperuntukkan yuran keahlian PPM hendaklah dijelaskan pada 1 Januari setiap tahun.
3. Sehubungan dengan itu, saya memohon kerjasama YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan untuk memperbaharui yuran keahlian PPM bagi tahun 2020.
4. Bayaran boleh dibuat melalui cek/deposit tunai atas nama ‘Persatuan Pustakawan Malaysia’. Maklumat pembayar dan bukti pembayaran hendaklah disampaikan ke pejabat PPM. Maklumat akaun PPM adalah seperti berikut:
Nama Akaun : Persatuan Pustakawan Malaysia
Nombor Akaun : 014299301082
Alamat Bank : Malayan Banking Berhad, Cawangan Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
5. Sila hantar bukti pembayaran bersama borang pembaharuan keahlian PPM kepada bendahari Kehormat. Jika YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan ingin penjelasan lanjut, sila hubungi saya di talian 019-338 4031 atau e-mel kepada roha@ukm.edu.my
6. Sokongan dan kerjasama YBhg.Dato’/Datin/tuan/puan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
- Muat Turun Notis Pembaharuan Yuran Keahlian PPM 2020 di sini.
- Muat Turun Borang Pembaharuan Keahlian PPM di sini.
- Muat Turun Borang Keahlian Baharu di sini
- Panduan Keahlian di sini
Sekian.
Saya yang menjalankan tugas,
ROHAYA UMAR
Bendahari Kehormat
Persatuan Pustakawan Malaysia
Emel: roha@ukm.edu.my
You must log in to post a comment.